Picture by Ahmad Zamzahuri / Malay Mail

Makin panas, makin panas, akhirnya orang kuat Anwar sudah berbunyi, Azmin sebelum ini mengatakan belum kenal siapa Azmin, hari ini Farhash pula mengatakan, anak Ibrahim bukan sebarang Ibrahim, tetapi Anwar Ibrahim.

Persoalannya sekarang, adakah PKR berani untuk memecat Azmin?

Atau drama-drama ini hanyalah rancangan jangka panjang semacam drama Langkah Kajang pada 2014 yang lepas.

Nak memangsakan siapa? Azmin atau Anwar,

Akhirnya mereka berdua berbaik-baik, alasan kerana parti.

Tidak percaya? Tunggu. Penulis melihat ini sebagai drama nak tunjuk kem mana yang lebih kuat.

Yang diserang bukan sebarang anak Ibrahim tapi Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menempelak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa marah sampai merajuk sehingga lupa individu yang diserang itu bukan sebarang anak Ibrahim, tapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Anwar itu berkata, Parti Keadilan Rakyat (PRK) sudah menyediakan pentas untuk pemimpin dan akar umbi bersuara.

Tapi, katanya, Timbalan Presiden PKR itu lari dan buat sidang media ketika Kongres Nasional PKR 2019 yang baru sekerat jalan.

“Kongres dah sedia pentas untuk pemimpin dan akar umbi bersuara. Tapi sekerat jalan belum habis dah lari buat sidang media memang tak ‘gentleman’,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Kenyataan itu bagi menjawab serangan geram Azmin semasa menyampaikan amanat utama pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bersama perwakilan dan anggota serta penyokong Keadilan di Hotel Renaissance ibu negara malam tadi.

Dalam ucapan tersebut, Azmin membidas pihak di dalam PKR yang menggelar beliau dan semua rakan seperjuangannya bersama anggota akar umbi sebagai pengkhianat.

Azmin turut mengecam Farhash kerana antara orang baharu yang menyertai perjuangan PKR tetapi menentangnya.

Dalam ucapannya malam tadi, Azmin berkata, mereka yang mengkritiknya “tidak kenal Azmin Ali” dan kesetiaannya kepada parti.

Azmin menambah beliau cukup sedih dan kesal kerana pengorbanan, sumbangan dan dedikasi yang dicurahkan bersama rakan seperjuangannya sejak April 1999 untuk membina PKR sejak 20 tahun lalu dibalas dengan hadiah gelaran pengkhianat.

“Tetapi 20 tahun kemudian pada 7 Disember 2019, saya digelar pengkhianat. Yang gelar begitu tidak adapun dalam dewan ini,” kata Azmin.

Farhash menambah: “Janganlah hina parti dan semua ahli reformis yang telah berjuang sama. Sampai jamuan makan malam pun tak ajak kami”.

Mengulas kenyataan Azmin ‘ada dua tiga kerat, namanya pun bukan macam nama orang Malaysia’, Farshash berkata: “Malaysia ini kan negara majmuk jadi tak heranlah banyak nama pelik, lebih-lebih saya yang darah kacuk. Tapi saya lahir di Ipoh, Perak bukan Singapura”.

Tempelaknya lagi, salah sangat ke kalau orang suka warna hitam sampai dipanggil mafia.

Sedangkan, Farhash mempertahankan bahawa orang yang disorak kartel itu perlu ditegur kerana istilah kartel memang negatif kalau dirujuk kamus.

“Sudah-sudahlah tu meroyan di media. Datang mesyuarat jimat sikit dari buat di rumah atau makan-makan di hotel,” katanya. – MalaysiaGazette