TOPSHOT - Medical staff members carry a patient into the Jinyintan hospital, where patients infected by a mysterious SARS-like virus are being treated, in Wuhan in China's central Hubei province on January 18, 2020. - The true scale of the outbreak of a mysterious SARS-like virus in China is likely far bigger than officially reported, scientists have warned, as countries ramp up measures to prevent the disease from spreading. (Photo by STR / AFP) / China OUT

ENGLAND: Pasukan Saintis antabangsa akan dihantar ke Wuhan, China dalam misi mengenal pasti asal usul wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Misi antarabangsa itu akan diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dijangka ke China pada minggu pertama Januari tahun depan bagi menyiasat punca virus itu bermula.

Punca virus itu menyebabkan ketegangan berlaku apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) menuduh China menyembunyikan wabak itu lebih awal.

AS mempersoalkan ketelusan pasukan WHO yang mengetuai siasatan dan mengkritik tindakan membenarkan saintis China melakukan fasa pertama bagi kajian permulaan.

Menteri Kesihatan negara ini meminta WHO pada Mei lalu untuk mengenal pasti sumber virus dan bagaimana ia menyeberangi penghalang spesies.

Seramai 12 hingga 15 pasukan pakar antarabangsa akhirnya bersiap sedia ke Wuhan untuk memeriksa bukti termasuk sampel manusia dan haiwan yang dikumpulkan oleh penyelidik China serta membangunkan kajian awal mereka.

Sebelum ini, WHO melakukan rundingan untuk memasuki bandar tersebut selama beberapa bulan.

Jurucakap WHO, Tarik Jasarevic berkata, pasukan antarabangsa menyiapkan susunan logistik untuk ke China dalam masa terdekat.

“Kami harap pasukan akan dapat ke sana Januari depan,” katanya. -AGENSI