Utama DUNIA Wanita minta cerai, rimas suami terlalu penyayang

Wanita minta cerai, rimas suami terlalu penyayang

64

 

UTTAR PRADESH: Hanya kerana suaminya terlalu menyayanginya dan tidak pernah bertengkar, seorang wanita di Uttar Pradesh, India menuntut perceraian di mahkamah selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga.
Memetik laporan The Week, wanita itu berkata dia berasa muak dan tidak boleh menerima apabila suaminya meluahkan perasaan dengan penuh rasa cinta.
Kata wanita itu, dia berasa rimas dalam persekitaran tersebut kerana suaminya tidak pernah memarahinya selain tidak pernah berasa kecewa meskipun beberapa kali melakukan kesilapan.
“Kadang-kadang dia memasak untuk saya dan membantu saya melakukan tugas-tugas rumah tangga.
“Setiap kali saya melakukan kesalahan, dia selalu memaafkan saya… saya pelik,” katanya.
Selain itu, wanita berkenaan memberitahu, dia tidak mahu meneruskan kehidupan rumah tangga itu kerana suaminya sentiasa bersetuju dengan semua cadangannya.
Sementara itu, mahkamah bagaimanapun menolak permohonan itu dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai melulu.
Tidak terhenti di situ, wanita berkenaan mengajukan pula permohonan cerai di panchayat, namun sekali lagi usahanya itu gagal.
Mahkamah dalam pada itu meminta pasangan berkenaan menyelesaikan sendiri masalah rumah tangga mereka.