PAPAR: Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh di tepi jalan di kilometer 30 Jalan Papar-Beaufort hari ini.

mangsa yang belum dikenalpasti identiti itu ditemui seorang pemandu lori yang melalui jalan berkenaan kira-kira 9.30 pagi.

Ketua polis daerah Papar Batholomew Umpit berkata, mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan beberapa kesan luka di badan.

Katanya, mayat mangsa juga ditemui dalam keadaan terbaring dengan hidungnya berdarah.

“Berdasarkan siasatan pihak polis, terdapat kesan tikaman pada bahagian rusuk belakang sebelah kiri mangsa.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan polis.

Katanya, maklumat boleh disalurkan kepada ketua bahagian siasatan jenayah ibu pejabat polis (IPD) Papar Rosli Rasi.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/11/wanita-mangsa-bunuh-ditemui-tepi-jalan/