DUNIAWanita alami penyakit aneh ‘pengsan’ jika ternampak lelaki kacak

Wanita alami penyakit aneh ‘pengsan’ jika ternampak lelaki kacak

Terpaksa mengelak ‘eye contact’

Kristy Brown yang berusia 32 tahun ini  mengalami penyakit Cataplexy dimana apabila emosinya kuat, ototnya akan menjadi lumpuh secara tiba-tiba. Jika mendengar bunyi bising atau ketawa yang kuat, dia akan mengalami tekanan emosi dan mengakibatkan pengsan.

Jika saya melihat seseorang yang menarik, kaki saya bergerak jadi saya cuba untuk tidak meletakkan diri saya dalam situasi di mana perkara itu boleh berlaku, atau saya cuba untuk mengawasi keselamatan saya sendiri.

Ibu kepada dua orang anak ini terpaksa menundukkan kepalanya ketika berada di tempat awam bagi mengelakkan daripada mencederakan dirinya akibat lututnya yang lemah. Namun, dia juga mengalami kesukaran untuk tidur dan apabila dia penat, penyakitnya akan kerap berlaku. Tambahnya, ototnya akan kejang apabila terlalu marah, gembira dan ketakutan.

Kepalanya terkena batu sewaktu berumur 9 tahun

Punca menghadapi penyakit Cataplexy ini adalah wanita berkenaan pernah mengalami kecederaan pada kepala akibat terkena batu ketika berumur sembilan tahun. Namun sebenarnya, ibu kepada dua orang anak ini sebenarnya mempunyai genetik narkolepsi.

Walau bagaimanapun, dia pernah pengsan akibat terlalu ketawa serta marah dan menyebabkan dia terkena serangan tersebut. Kristy akan mengalami serangan sekurang-kurangnya lima kali sehari tetapi serangan tersebut boleh meningkat hingga 50 kali sekali sehingga membuat dia sukar untuk keluar rumah.

Sumber : dailymail

......