POLITIKWan Saiful kata walau Ali Biju tanding Bebas, nasibnya masih dalam perbincangan

Wan Saiful kata walau Ali Biju tanding Bebas, nasibnya masih dalam perbincangan

Keputusan mengenai nasib Ali Biju dalam Bersatu masih dalam perbincangan, selepas Naib Presiden Bersatu Sarawak itu membuat keputusan bertanding pada pilihan raya negeri ke-12 (PRN12), atas tiket Bebas.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, memberitahu Bernama bahawa kenyataan rasmi berhubung perkara itu dijangka dikeluarkan parti petang ini.

Sebelum ini Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, mengesahkan bahawa parti itu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak 18 Dis ini, dan susulan tindakan Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu untuk tetap bertanding, menimbulkan teka-teki mengenai tindakan akan diambil oleh parti terhadapnya.

Ali yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian semalam, sah bertanding sebagai calon Bebas dalam usaha mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga pada PRN12 Sarawak.

Ahli Parlimen Saratok berusia 53 tahun itu memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.

Tanding bebas, nasib Ali Biju masih dalam perbincangan, kata Wan Saiful

......