Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah mempunyai ‘bayangan’ siapakah dalang di sebalik pembikinan serta penularan video seks melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang individu mirip menteri baru-baru ini.
Malah Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mendedahkan pihaknya mendapati wujud satu pakatan atau ‘konspirasi’ di sebalik video seks luar tabii yang telah menggegarkan politik negara.
“Dalang utama sudah, kita sudah ada bayangan siapakah yang bertanggungjawab, ada satu bentuk pakatan di sebalik penyebaran video-video ini. Satu bentuk konspirasi,” katanya sambil menambah polis telah tahan beberapa individu bukan sahaja dalam pembikinan tetapi juga penyebaran video seks tersebut.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Perumahan Blok Melati PDRM hari ini.
Ketika ditanya mengulas lanjut mengenai dalang itu, Abdul Hamid hanya tersenyum dan menambah, pihaknya akan bertindak terhadap mana-mana induvidu atau kumpulan terbabit.
“Sesiapa sahaja, tidak kira andainya pemimpin politik, orang biasa mahupun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan, pihak polis akan tetap bertindak dengan sewajarnya,” tegasnya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, setakat ini kesahihan video tersebut belum dapat didedahkan memandangkan pihaknya masih menunggu laporan daripada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Abdul Hamid juga mendedahkan polis juga sedang menyiasat daripada sudut bagaimana video tersebut tersebar termasuk pihak-pihak yang menyebarkan bahan itu.
“Menyebarkan bahan-bahan seperti video seks itu adalah satu kesalahan, kerana itu juga kita buat tangkapan beberapa individu dan kemudian dilepaskan.
“Kita ada bahan bukti dalam telefon bimbit yang digunakan untuk melakukan penyebaran tersebut,” ujarnya.
Rujukan:
http://pakdin.my/tag/bersemburit
Pdrm sekarang ni byk betul main dgn bayang2.
Agak2 bila lagi nak didedahkan? Taknak pula jadi macam kes JHO LOW dulu kata polis dah tahu dimana keberadaan JHO LOW, tangkapan akan dibuat dan akan dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin? Sampai sekarang senyap aje, JHO LOW pon dah tak tahu pergi mana?
Dah kenal dalang tapi tak pasti kesahihan . Ape benda game yg nak main pulak kali ni . Alamak . Jangan buat orang makin hari makin meluat .
polis da jadi polos.APA pun xboleh..
Bongoknya. Orang nak tau kesahihan siapa dalam video tu sebab melibatkan maruah negara.
Dalang jugak yg di pulun cari. Pelakon nya x penting ke?
Sri Kandi tu semua x pelik. Yg pelik masih ramai melayoo sokong puak2 pemfitnah ni. Masih menjilat menjadi barua DAPIG.
Yang akan dibicarakan sok yg sebar video…. yg kene hukum sok yg sebar video… yg buat maksiat akan terus menjadi pemimpin yg diberi kuasa lebih besar…… Allahhuakbar….. !!!
Mat Adi biasalaaa….ph memang kencinnya hancing.
lepas ini liwat dan rogol bukan satu kesalahan di negara ini…. hebat PDRM semenjak dapat KPN millage politik.
Ingat orang2 muda…bila mengundi nanti !!!
Tangkap senjata.
Jgn tangkap pemilik senjata.
Kikikikik
Perogol dap memalukan Malaysia dimata Indonesia
aku tetap percaya uanya benar2 berlaku.
Nak tanya… Dalang bikin video ke atau rakam video?