EMPAT Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP dan PKR dititah mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.

Mereka adalah Datuk Teng Chang Kim (Bandar Baru Klang-DAP), Ng Sze Han (Kinrara-DAP), V Ganabatirau (Kota Kemuning-DAP) dan Hee Loy Sian (Kajang-PKR).

Harian Metro melaporkan Sultan Sharafuddin tiba di istana berkenaan, jam 9.15 pagi.

Sementara, semua ADUN yang juga EXCO kerajaan negeri itu tiba dengan dua kenderaan memasuki perkarangan istana pada 10.40 pagi.

Difahamkan, semua ADUN terbabit menghadap baginda berikutan isu membabitkan pemelukan agama Islam yang sepatutnya dibawa Menteri Besar Amirudin Shari, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, minggu lalu.

BACA sini Usul Pindaan Undang-Undang Islam tidak mendapat persetujuan Speaker DUN Selangor
https://pakdin.my/usul-pindaan-undang-undang-islam-tidak-mendapat-persetujuan-speaker-dun-selangor/

Bagaimanapun, usul terbabit tidak dapat dibahaskan selepas Speaker, Ng Suee Lim menangguhkan DUN Selangor selepas dua hari bersidang.

https://youtu.be/kUQhlBrlNfI