DUNIAVarian baharu Covid-19 dikesan di New York

Varian baharu Covid-19 dikesan di New York

Washington: Mutasi baharu Covid-19 yang lebih cepat merebak sudah mula dikesan di New York, kata Gabenor Andrew Cuomo pada Isnin lapor Agensi Anadolu.

Sebelum ini ia dikesan di California, Colorado dan Florida.

Pesakit yang didapati positif itu berasal dari daerah Saratoga, New York, umum Cuomo di akaun Twitternya.

Katanya, pesakit seorang lelaki, didapati tidak melakukan perjalanan dalam waktu terdekat dan kemungkinan dijangkiti daripada komuniti.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara yang mencatatkan kes Covid-19 paling tinggi apabila seramai 297,491 orang lagi dijangkiti pada Sabtu.

Kematian akibat virus itu memuncak pada 30 Disember apabila 3,750 lagi meninggal dunia.

Keseluruhan Covid-19 sudah meragut 352,645 nyawa di AS, manakala lebih 20.7 juta lagi dijangkiti.

......