Washington: Syarikat bioteknologi Amerika Syarikat, Moderna mengumumkan vaksin Covid-19 keluarannya berkesan terhadap semua bentuk jangkitan sehingga 90 peratus.

Selain itu, ia juga berkesan sehingga 95 peratus terhadap jangkitan Covid-19 yang serius, lapor AFP.

Keputusan terbaru daripada percubaan klinikal Fasa 3 membabitkan 30,000 orang di seluruh negara itu.

Ia menunjukkan keberkesanannya dengan sedikit penurunan dari angka sebelumnya, 94.1 peratus yang diterbitkan di dalam jurnalĀ New England Journal of MedicineĀ hujung tahun lalu.

Angka baharu adalah berdasarkan 900 kes Covid-19 yang dikaji pada 9 April, sementara jumlah sebelumnya berdasarkan 185 kes.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan tidak menjelaskan sebab keberkesanannya menurun, tetapi salah satu sebabnya adalah kemunculan varian baharu,

Moderna mengusahakan dua penggalak khusus varian dan memaklumkan mereka menghasilkan peningkatan tindak balas imun.

Hasil kajian ini disiarkan dalam talian dalam majalah ilmiah yang kini sedang mendapatkan tinjauan umum.

“Data praklinikal baharu mengenai calon vaksin khusus varian kami memberi keyakinan bahawa kami dapat menangani varian baharu yang muncul secara proaktif,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stephane Bancel.

Syarikat itu memaklumkan pada 12 April, sejumlah 132 juta dos vaksin Moderna diberikan di seluruh dunia, termasuk sekitar 117 juta dos ke Amerika Syarikat.

Lebih 100 juta lebih dos dijangka diberikan pada akhir Mei diikuti 100 juta lagi pada akhir Jun.