RIO DE JANEIRO – Penduduk sebuah bandar kecil Brazil yang diberi vaksin Sinovac Biotech didapati dapat mengawal wabak Covid-19 dengan lebih berkesan berbanding ujian klinikal.

Serrana – sebuah bandar dengan jumlah penduduk 45,000 orang yang teruk dilanda jangkitan Covid-19 turut menyaksikan penurunan kematian sebanyak 95 peratus dalam lima minggu setelah vaksinasi selesai.

Kes simptomatik juga turun sebanyak 80 peratus dan hospitalisasi menurun sebanyak 86 peratus.

Kira-kira 75 peratus penduduk bandar diberi vaksin sepenuhnya berdasarkan unjuran populasi dewasa dengan 95 peratus tampil untuk menerima kedua-dua dos tersebut.

Tidak ada kesan sampingan yang teruk daripada vaksin ini.

Malah tidak ada kematian berkaitan dengan Covid-19 dalam kalangan penerima selepas 14 hari dikenakan suntikan kedua.

Kawasan di sekitar Serrana, sekitar 315km dari Sao Paulo, dikuasai oleh varian P1 semasa kajian, membuktikan keberkesanan suntikan terhadap strain yang pertama kali dijumpai di Brazil, kata Dr Ricardo Palacios, Pengarah Penyelidikan di Institut Butantan.

”Sekarang kita mengakui dapat menguruskan pandemik ini dengan vaksin,” katanya, sambil menambah bahawa angka jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak juga menurun.