Usul pindaan undang-undang agama Islam berkaitan pemelukan agama Islam tidak mendapat persetujuan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun mendapat sokongan baik dari pihak kerajaan dan pembangkang.

Ahli Dewan Negeri daripada Pakatan Harapan Negeri Selangor di dalam Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke-14 menunjukkan ketidak bersamaan didalam membawa usul pindaan undang undang agama Islam berkaitan pemelukan agama Islam anak apabila tidak dapat diusulkan pada sidang Dewan Negeri Selangor kali ini.

Usul tersebut sepatutnya dibawa oleh Menteri Besar Selangor. Ia tidak mendapat persetujuan daripada Speakar Dewan Negeri Selangor untuk diusulkan di dalam Dewan Negeri sekaligus membuat undian untuk meluluskan pindaan undang undang agama Islam berkaitan pemelukan agama Islam.

Persoalannya kenapa usul ini tidak dapat persetujuan daripada tuan Speaker? Adakah kerana pergolakan yang sedang berlaku didalam PH sekarang ini?

Seramai 50 orang Yang Berhormat daripada Pakatan Harapan tetapi masih tidak mampu sepakat dalam membawa usul yang penting berkaitan pentadbiran Islam.

Pergolakan yang berlaku dibawah rejim Pakatan Harapan jelas mendatangkan kerugian kepada Islam juga rakyat Selangor dan hukuman perlu dijatuhkan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.