DUNIAUnik! Anakku bernama ‘Jabatan Komunikasi Statistik’

Unik! Anakku bernama ‘Jabatan Komunikasi Statistik’

Hanya kerana terlalu sukakan tempat kerjanya, seorang lelaki Indonesia sanggup memberi nama ‘Jabatan Komunikasi Statistik’ kepada bayi lelakinya.

Nama pelik itu sebenarnya sudah dirancang Samet Wahyudi sebelum dia berkahwin lagi apabila sentiasa mengimpikan nama anak mengikut tempatnya bertugas sebagai kakitangan kerajaan.

Malah, sebelum berkahwin, dia sudah mendapatkan persetujuan daripada pasangannya, Linda terlebih dulu mengenai cadangan nama anak yang pelik itu.

Namun, pada mulanya keluarga mentua Samet yang terkejut dengan cadangan itu turut membantah tetapi mereka akhirnya berbincang dan berjaya mencapai persetujuan antara keluarga kedua belah pihak.

Nama unik terbabit didedahkan media tempatan awal bulan ini selepas membuat pengesahan menerusi data pendaftaran nama negara itu.

Pasangan itu sedar bahawa nama yang dipilih terlalu panjang untuk disebut menyebabkan mereka turut memberi nama timangan, Dinko.

Dinko yang dilahirkan pada 23 Disember lalu adalah anak kedua buat mereka namun anak sulung perempuan diberi nama biasa.

Menurut Samet, dia mendapat kerja sebagai kakitangan kerajaan di bandar Brebes pada 2003 bertugas di jabatan terbabit sehingga sekarang.

Katanya, dia menganggap tempat kerjanya itu sebagai rumah kedua dan mahu ia mempunyai hubungan dengan anak lelakinya.

Samet berkata, dia yakin anakya itu akan dapat menerima dan membiasakan diri dengan nama yang diberi.

......