POLITIKUMNO cakap benda betul, namun pemimpin PAS perli agar semua parti guna...

UMNO cakap benda betul, namun pemimpin PAS perli agar semua parti guna logo ‘lambang bulan’ di PRN Melaka

Pas secara sinis mencadangkan semua parti termasuk UMNO untuk menggunakan logo ‘lambang bulan’ milik parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Kenyataan itu dikeluarkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

“Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan Pas, elok kalau kita gunakan satu logo iaitu logo Pas dalam PRN Melaka nanti. Fikir-fikirkan,” kata beliau.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas pada PRN Melaka.

Katanya, UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan parti Pas selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi PRN Melaka.

“Asas persefahaman dengan Pas berpandukan kepada prinsip bahawa Pas menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk MN dalam mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020.

“Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn semalam.

Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Pas dan Gerakan menetapkan menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka.

Pas cadang semua parti guna ‘lambang bulan’

......