POLITIKUMNO cadang ‘War Cabinet’

UMNO cadang ‘War Cabinet’

PETALING JAYA – UMNO mencadangkan sebuah kerajaan yang stabil mesti segera ditubuhkan untuk satu tempoh yang munasabah yang akan memfokuskan hanya menangani perang pandemik Covid-19 dan menguruskan soal-soal kesejahteraan rakyat yang semakin meruncing.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi tujuan tersebut, sebuah kabinet yang efektif mirip seperti ‘War Cabinet’ yang hanya memfokuskan proses pemulihan negara mendepani pandemik hendaklah dibentuk.

“Setelah negara mencapai imuniti kelompok dan keadaan memungkinkan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan, maka kerajaan ini harus dibubarkan bagi menyerahkan semula mandat mutlak kepada rakyat.

“Bagi menjamin kestabilan dan kerjasama politik dicapai, tindakan menzalimi parti dan pimpinan lawan hendaklah dihentikan. Menggunakan agensi-agensi kerajaan untuk melemahkan lawan dalam mengekalkan kuasa tidak akan memberi apa-apa faedah kepada rakyat,” jelas Zahid melalui satu kenyataan sebentar tadi.- K! ONLINE

......