Utama NASIONAL Tun M bayang kekal jawatan PM selepas 2020

Tun M bayang kekal jawatan PM selepas 2020

485
Foto - Twitter Anwar Ibrahim

Sebelum ini Tun M mengatakan akan pasti beri jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

Anwar pula yakin jawatan itu tetap menjadi miliknya mungkin tahun hadapan.

Tetapi Tun M sudah bermacam-macam kenyataan yang pelbagai perihal peralihan kuasa yang cukup memeningkan PKR sendiri.

Kali ini kenyataan terbaru Tun M, pasti membuatkan kem PKR panas punggung dan panas hati.

Peralihan kuasa mungkin berlaku tetapi bukan diberikan kepada Anwar Ibrahim. Memang berdesing telinga Anwar kali ini.

Bacaan dibawah ini butirannya…

Laporan: Mahathir bayang akan kekal sebagai PM selepas 2020

DOHA: Dr Mahathir Mohamad hari ini membayangkan beliau mungkin akan kekal sebagai perdana menteri sehingga selepas 2020, hanya 4 hari setelah berjanji untuk memberi laluan kepada calon penggantinya Anwar Ibrahim.

Ketika ditanya dalam Forum Doha di Qatar jika beliau akan berundur pada 2020, perdana menteri tertua di dunia itu berkata, beliau mahu mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan lepas sebelum meletak jawatan.

“Saya berjanji akan berundur selepas menyelesaikan beberapa masalah besar yang ditinggalkan kerajaan sebelum ini. Saya berjanji akan berundur dan menyerahkan kepimpinan kepada calon yang dinamakan oleh pakatan,” katanya.

Mahathir, 94 tidak memberitahu tarikh beliau akan meletakkan jawatan.

Pada Selasa, Mahathir berjanji akan menyerahkan kuasa kepada Anwar, walaupun wujud dakwaan salah laku seks terbaru terhadap pemimpin itu, selain berkata, beliau mungkin bersedia melakukannya selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada Nov 2020.

Ketika ditanya sama ada Anwar merupakan calon terbaik untuk menggantikannya sebagai perdana menteri dan sama ada beliau akan memberi sokongan, Mahathir berkata, beliau tidak boleh memberi jaminan tentang siapakah calon terbaik kerana pengalaman lampau.

“Saya pernah namakan pengganti saya, kemudian mereka ambil alih dan lakukan perkara berlainan.”

Pada 2018, Mahathir tanpa dijangka terpilih untuk mengetuai sebuah kerajaan gabungan dengan parti terbesarnya diketuai oleh Anwar, 72, yang pernah dijatuhi hukuman penjara 2 kali kerana dakwaan liwat dan rasuah.

Beliau bagaimanapun berkata dakwaan itu bermotifkan politik.

Sumber FMT