NASIONALTrafik lancar, tetapi laluan ke utara masih sesak teruk

Trafik lancar, tetapi laluan ke utara masih sesak teruk

Kesesakan lalu lintas di kebanyakan lebuh raya di Semenanjung Malaysia mulai pulih petang ini, bagaimanapun laluan keluar ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan (E1) kekal sesak jam 7 malam ini ketika rakyat Malaysia meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan, kesesakan berlaku di beberapa lokasi di laluan menghala utara di E1 iaitu dari Behrang ke Slim River, Slim River ke Bidor, dan Tapah ke Gopeng; Terowong Menora ke Sg Perak dan dari Bukit Merah ke Jawi.

Trafik juga perlahan di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (E8) sebelum susur keluar plaza tol Kuala Terengganu.

Di kawasan tengah, kesesakan dilaporkan berlaku di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (E8) dari Gombak ke Genting Sempah, Genting Sempah ke Bukit Tinggi, dan Bukit Tinggi ke Bentong setakat 7 malam.

Kesesakan di lorong arah selatan di E1 dilaporkan di Ayer Keroh-Jasin, dan di E2 dari Port Dickson ke Senawang.

Awal hari ini, pengendali lebuh raya PLUS melaporkan kesesakan sepanjang 150km dari Rawang ke arah utara ke Gopeng di arah utara E1.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/01/trafik-lancar-tetapi-laluan-ke-utara-masih-sesak-teruk/

......