NASIONALTony Pua kata Bajet 2022 gagal bentang strategi tangani krisis kewangan

Tony Pua kata Bajet 2022 gagal bentang strategi tangani krisis kewangan

PETALING JAYA: Bajet 2022 yang dibentangkan hari ini gagal menyatakan strategi kerajaan dalam menghadapi krisis kewangan, kata pemimpin DAP Tony Pua.

Ahli Parlimen Damansara itu berkata, hakikatnya negara akan menghadapi “krisis bajet’ dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

“Bajet 2022 gagal menangani isu ini baik dari segi membentangkan strategi mahupun mengusulkan apa-apa langkah,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sendiri meramalkan ia akan kekurangan dana untuk melabur, berbelanja mahupun mengemudi hala tuju ekonomi negara pada masa depan.

Keadaan itu diburukkan dengan perbelanjaan tetap yang meningkat setiap tahun, termasuk pembayaran emolumen dan pencen dalam sektor awam serta membayar balik hutang kerajaan.

Pua berkata, emolumen dan caj persaraan merangkumi 45.5% daripada peruntukan perbelanjaan mengurus pada 2018 tetapi akan meningkat kepada 49% tahun depan.

Bajet 2022 gagal bentang strategi tangani krisis kewangan, kata Tony Pua

......