PENYATUAN ummah antara UMNO dan Pas tidak mendatangkan apa-apa kebaikan, demikian kata pendakwah bebas Ustaz Mohamad Uda Kasim.

Menurutnya, ini kerana penyatuan dua parti terbesar orang Melayu Islam itu berasaskan kebencian dan perkauman yang akan membawa kepada perpecahan kaum di negara ini.

“Penyatuan ummah bukan ajaran Nabi Muhammad SAW. Malah apa yang baik diamalkan ialah perpaduan ummah atau menguruskan ummah sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia di TV1, pagi tadi.

Dalam pada itu, Mohamad Uda turut menggesa rakyat agar mentaati pemimpin yang ada sekarang kerana mereka sudah cukup elok dan baik-baik belaka.

Sumber CempedakCheese