DUNIAThailand pula kena pukulan Covid varian baharu, situasi makin parah menurut sumber

Thailand pula kena pukulan Covid varian baharu, situasi makin parah menurut sumber

BANGKOK: Thailand hari ini merekodkan sebanyak 11,784 kes jangkitan baharu dan merupakan antara yang tertinggi dalam tempoh empat hari berturut-turut.

Negara ini juga mengumumkan sebanyak 81 kematian baharu dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan korban jiwa akibat virus tersebut sebanyak 3,422 dan 415,170 kes berdaftar.

Semalam, kerajaan Thailand mengumumkan pelanjutan sekatan Covid-19 termasuk larangan perjalanan dan perintah berkurung waktu malam di tiga lagi wilayah.

Selain itu, penduduk juga tidak dibenarkan berhimpun lebih dua orang dan jika ingkar, mereka boleh dikenakan denda sehingga 40,000 baht (RM5,130) serta penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada minggu lalu, pihak berkuasa Thailand mengumumkan rancangan untuk mencampurkan dua jenis vaksin Covid-19 bagi meningkatkan sistem imunisasi penduduk.

Mereka akan beri suntikan dos pertama menggunakan vaksin Sinovac dan dos kedua pula menggunakan AstraZeneca.

Pihak berkuasa negara ini percaya campuran dua jenis vaksin itu dapat meningkatkan imunisasi dan menentang penularan varian Delta. – REUTERS

......