NASIONALJenayahTerkini!! Teman lelaki Nuramira didakwa muat naik kandungan menghina di media sosial

Terkini!! Teman lelaki Nuramira didakwa muat naik kandungan menghina di media sosial

Teman lelaki Siti Nuramira Abdullah, wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan komediri, didakwa atas dua tuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Penulis bebas Alexander Navin Vijayachandran, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Azrul Darus.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/13/teman-lelaki-nuramira-didakwa-muat-naik-kandungan-menghina-di-media-sosial/?fbclid=IwAR2MHjA71vDUOKbXyLCLhtYYM8oCSbZ9PaWDAamAq_b6QE7fyYV7lCL0kok

......