POLITIKTERKINI!! PRN Melaka: Bersatu terima senarai calon bertanding

TERKINI!! PRN Melaka: Bersatu terima senarai calon bertanding

Bersatu Melaka sudah menerima senarai calon daripada enam ketua bahagian di negeri ini menjelang pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Ketua Bersatu Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata senarai calon diterima itu termasuk daripada calon dalam struktur parti iaitu Wanita dan Pemuda untuk diketengahkan, sebelum keputusan dibuat di peringkat tertinggi parti.

Bagaimanapun, katanya, senarai pendek calon akan diperhalusi dan ditentukan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, sebelum tiba hari penamaan calon 8 Nov.

“Ketua-ketua bahagian telah menghantar senarai calon dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Saya terbuka untuk menerima daripada pelbagai sumber yang mencalonkan calon ini dan selepas itu prosesnya saya akan menghadap dan berjumpa presiden parti untuk diperhalusi satu persatu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

PRN Melaka: Bersatu terima senarai calon bertanding

......