POLITIKTerkini! PN kerjasama dengan GTA? Muhyiddin kata mungkin

Terkini! PN kerjasama dengan GTA? Muhyiddin kata mungkin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan menjalin kerjasama dengan parti Gerakan Tanah Air (GTA).

Beliau berkata, meskipun ada membuat pertemuan dengan Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad, setakat ini belum ada kata putus berhubung perkara itu.

“Ya apa-apalah kemungkinan, dulu pun saya dah jumpa Mahathir, Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) datang tempat saya selalu maknanya kalau itu, tetapi ke hadapan ini saya kurang pastilah sama ada mereka ada fikir hal sama atau pun tidak begitu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menyatakan bila pertemuan dengan Mahathir berlaku.

Terdahulu, Mahathir mendakwa Muhyiddin bertemunya untuk meminta sokongan dalam usaha menjadi perdana menteri sekali lagi.

Sementara itu, berhubung pertembungan satu lawan satu, Muhyiddin mengaku “ia bukan sesuatu mudah tetapi kalau itulah satu formula untuk kalahkan Barisan Nasional), tapi ini tak mungkin berlaku dengan satu pihak sahaja.”

Katanya, formula satu lawan satu perlu diteliti berdasarkan situasi politik setiap parti.

Menurutnya, ada cara yang boleh dikompromi bukan daripada prinsip tetapi amalan.

“Ini perlu kita perhalusi tetapi tidak mungkin berlaku hanya jika satu pihak bersedia atau pihak lain tidak bersedia. Ini kita akan tengok apa bakal berlaku dalam tempoh mendatang,” katanya.

PN kerjasama dengan GTA? Muhyiddin kata mungkin

......