POLITIKTerkini! Pejuang enggan sertai ‘khemah besar’, Dr M anggap pintu rundingan sudah...

Terkini! Pejuang enggan sertai ‘khemah besar’, Dr M anggap pintu rundingan sudah ‘tertutup’

PETALING JAYA: Pejuang menegaskan pintu rundingan bagi membincangkan idea khemah besar pembangkang dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sudah dianggap tertutup sama sekali.

Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan itu dibuat Pejuang susulan parti tersebut mempunyai pendapat berbeza selain sokongan oleh rakyat terhadap mereka tidak begitu jelas.

“Umpamanya ramai orang Melayu tidak boleh terima DAP. Jadi, kalau kita bawa masuk DAP, maka ramai orang Melayu yang akan menolak kita.

“Jadi, kita tidak akan mengadakan kerjasama dengan PH, sama ada dengan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) atau pun PKR,” katanya, menurut Sinar Harian.

Tambahnya, Pejuang hanya mahu bekerjasama dengan orang tidak terlibat politik dan tidak membangkitkan perasaan benci kepada mereka.

Pada Jun lalu, Mahathir yang juga bekas perdana menteri berkata Pejuang enggan bekerjasama dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin meskipun mengakui kepentingan kerjasama antara parti pembangkang bawah pendekatan “khemah besar” untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Mahathir berkata sikap pemimpin pembangkang yang “tidak lurus” menjadi sebab mengapa partinya menolak konsep khemah besar.

Pada 4 Jun lalu, Warisan turun menolak idea khemah besar seperti diinginkan Mahathir termasuk gagasan PH plus dengan parti itu.

Presidennya, Shafie Apdal berkata, khemah besar bukan lagi penyelesaian terbaik pada masa ini kerana negara ini memerlukan satu kepimpinan mahupun pemerintahan yang boleh meletakkan negara pada landasan sepatutnya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/21/pejuang-enggan-sertai-khemah-besar-dr-m-anggap-pintu-rundingan-sudah-tertutup/?fbclid=IwAR3nk744ZoV6h-3XQDSUMaF1oKCeHrXbL7RvBEGfdD8MU5w4F2TJ9bAupqk

......