POLITIKTerkini!! PAS tanding PRU15 melalui PN

Terkini!! PAS tanding PRU15 melalui PN

PAS memutuskan secara muktamad untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) melalui Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana, kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, parti itu menyedari hakikat negara perlu mempunyai gabungan terbaik kerana ada kajian menunjukkan tiada parti tunggal yang boleh menubuhkan kerajaan secara bersendirian.

Justeru, katanya, PAS terbuka untuk berbincang dengan parti lain di luar PN yang tidak ekstrem bagi menghadapi PRU15, tetapi bukannya Pakatan Harapan (PH).

Tetapi, beliau berkata, jika rundingan dengan parti lain gagal, maka PN bersedia menghadapi apa jua keadaan semasa PRU15.

“Ini bukan bermakna kita takut menghadapi pilihan raya. Saya nak jelaskan PAS melalui PN, kita bersedia dalam semua situasi yang ada untuk menghadapi PRU.

“Kita bersedia dengan parti yang mahu berbicara dan berunding, kita juga sedia bertempur dalam semua situasi, sekiranya itu pilihan (terakhir),” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-63.

Beliau berkata, PAS akan mencalonkan 30% pemimpin muda untuk bertanding dalam PRU15.

Muktamad! PAS tanding PRU15 melalui PN

......