NASIONALTERKINI! Noraini Ahmad letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi

TERKINI! Noraini Ahmad letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menamatkan teki-teki sama ada beliau kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah mengumumkan keputusan peletakan jawatan sebagai menteri, berkuatuasa serta merta.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO berkata, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos 2021, beliau sebagai salah seorang ketua sayap parti itu akur dengan keputusan parti.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta. Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang.

Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia. Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.

Semoga Allah merahmati negara kita dan melindungi kita semua. Sekian. Terima Kasih.

https://www.sinarharian.com.my/article/154144/BERITA/Politik/Noraini-Ahmad-letak-jawatan-Menteri-Pengajian-Tinggi

......