POLITIKTerkini!! Lengahkan tarikh PRU15, mungkin makan diri Ismail, kata penganalisis

Terkini!! Lengahkan tarikh PRU15, mungkin makan diri Ismail, kata penganalisis

Tindakan melengahkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) boleh “memakan diri” Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, penganalisis politik memberi amaran.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, walaupun ia mampu melemahkan pengaruh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak dalam parti, namun taktik itu juga mempunyai kesan baik dan buruk.

Katanya, Zahid kini satu-satunya pencabar Ahli Parlimen Bera itu untuk jawatan perdana menteri, selepas Najib dipenjara atas kesalahan rasuah pada Selasa lalu.

“Tetapi parti itu boleh kehilangan populariti dan goyah kerana Najib kekal berpengaruh terutama di media sosial,” katanya kepada FMT.

Ahad lalu, Ismail berkata PRU berkemungkinan “dilewatkan” susulan kontroversi pembelian kapal pesisir laut (LCS).

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan parti lawan memperalatkan isu terbabit seperti mana mereka menggunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Ismail juga dilaporkan berkata PRU hanya akan diadakan apabila negara ini “sudah bersedia”.

Awang Azman menyifatkan projek LCS itu hanya “alasan”.

Iskandar Hasan Tan Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan pula berpendapat, tindakan menangguhkan pilihan raya adalah strategi kumpulan tertentu di Perikatan Nasional (PN) dan BN yang ingin kekal berkuasa dalam kerajaan pusat.

Namun seperti Awang Azman, Iskandar juga berkata taktik itu boleh menghantui BN.

Lengahkan tarikh PRU15, mungkin makan diri Ismail, kata penganalisis

......