POLITIKTerkini!! LCS: Anwar kata tidak perlu bahas, fakta sudah jelas

Terkini!! LCS: Anwar kata tidak perlu bahas, fakta sudah jelas

Tiada keperluan membahaskan isu perolehan projek kapal tempur pesisir (LCS) dengan mengadakan sidang khas Parlimen kerana fakta projek tersebut sudah jelas, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata beliau tidak cenderung dengan perbahasan isu itu, sebaliknya mendesak tindakan diambil terhadap pihak terlibat.

“Fakta terlalu jelas, bukan untuk bahas isu lagi,” katanya pada sidang media selepas pertemuan bersama ketua bahagian PKR Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Terdahulu, beberapa ahli Dewan Negara mencadangkan supaya isu berhubung LCS dibahaskan di Dewan Negara sebelum persidangan tamat.

Dua hari lalu, Lim Hui Ying, Fadhlina Sidek dan A Kesavadas Nair, mencadangkan sidang khas Parlimen diadakan untuk membahaskan projek LCS. Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dari DAP, juga mencadangkan perkara sama.

Minggu lalu, Jawatankuasa Parlimen Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tidak ada sebuah pun kapal disiapkan walaupun Putrajaya sudah membelanjakan RM6 bilion bagi projek itu yang diberikan secara runding terus kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Sementara itu, Anwar selaku presiden PKR, berkata pihaknya telah menetapkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar untuk mengetuai Kedah, Pulau Pinang dan Perlis bagi menyediakan gerakan berdepan pilihan raya umum ke-15.

LCS: Tak perlu bahas, fakta sudah jelas, tegas Anwar

......