POLITIKTerkini! K'jaan galakkan anak muda kerja di ladang - Zuraida

Terkini! K’jaan galakkan anak muda kerja di ladang – Zuraida

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin berkata kerajaan menggalakkan anak muda tempatan beralih kerja di sektor perladangan untuk mendapat pendapatan lebih baik dan suasana bekerja yang kurang tekanan berbanding di bandar.

Menjawab soalan tambahan dari Sim Tze Tzin (PH- Bayan Baru) berhubung dasar sebenar kerajaan mengenai pengambilan pekerja asing dalam sektor tersebut, Zuraida berkata kerajaan berusaha mengubah mentaliti anak muda untuk bekerja di kawasan luar bandar.

“Kita nak mengalihkan juga sikap orang-orang muda yang mungkin patut beralih ke kerja perladangan kerana ia lebih merupakan satu green environment, green technology, daripada (bekerja) di bandar yang sesak, pollution (pencemaran) dan mental stress (tekanan mental).

“Kita cuba ubahkan mindset mereka untuk beralih ke industri perladangan kerana ia ada mechanisation, gajinya lumayan dan penempatan (tempat) tinggalnya juga cukup dan lengkap,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sim terdahulu mempersoalkan jawapan Zuraida yang menggalakkan pemain industri tempatan khususnya dalam sektor perladangan sawit menggunakan tenaga pekerja asing dari India dan Pakistan.

“Di Malaysia kita ada enam juta hektar tanah untuk kelapa sawit, itu Semenanjung Malaysia saja. Kalau kita tengok keluasan yang begitu besar, it’s a bit unsustainable (Ia agak tidak mampan) kalau kita terlalu rely on foreign workers (bergantung kepada pekerja asing), dan sebenarnya kerajaan juga kata ingin mengawal supaya kurangkan kebergantungan.

“Sekarang kerajaan pula macam buka pintu seluas-luasnya untuk (pekerja dari) Pakistan, India. Jadi saya nampak ada sedikit percanggahan daripada polisi kerajaan. Apa polisi sebenar?

“Kamu mahu kurangkan kebergantungan kepada pekerja asing atau kamu mahu teruskan dengan pekerja asing?” soal Sim.

Bagaimanapun, Zuraida berkata langkah tersebut hanyalah merupakan langkah jangka masa pendek, memandangkan negara sedang mengalami masalah berhubung kekurangan pekerja di sektor perladangan.

“Jadi kita rasa (ia) untuk menyelesaikan masalah yang secara singkat ini, yang immediate ini, untuk bawa lebih banyak pekerja, untuk menguruskan buah-buah (sawit) yang sedang tidak terurus ini,” kata Zuraida.

https://www.malaysiakini.com/news/630533

......