POLITIKTERKINI!! Khairuddin letak jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas

TERKINI!! Khairuddin letak jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali meletakkan jawatan sebagai ahli dan Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Pas.

Mohd Khairuddin dalam satu kenyataan berkata, beliau mengumumkan peletakan jawatan itu dalam mesyuarat MSU Pas yang diadakan secara hibrid malam tadi.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pas yang memberi peluang untuk saya berkhidmat sebagai Ahli MSU sejak 2013 seterusnya Setiausaha MSU sejak 15 Disember 2020.

“Rakaman jutaan terima kasih juga kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Hashim Jasin dan semua ahli MSU yang telah bertindak selaras dengan Perlembagaan Pas untuk mengelakkan sebarang krisis perlembagaan parti,” katanya.

Mohd Khairuddin berkata, beliau akan istiqamah menjalankan amanah sebagai ahli Parlimen Pas dan tugasan-tugasan lain dalam parti.

Bulan lalu Mohd Khairuddin digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas.

Pengguguran tersebut tidak sampai dua bulan beliau dilantik ke jawatan tersebut. – MalaysiaGazette

Khairuddin letak jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas

......