POLITIKTERKINI!! Kedudukan Aminuddin kekal, cuma kena lebih kukuhkan parti

TERKINI!! Kedudukan Aminuddin kekal, cuma kena lebih kukuhkan parti

Setelah isu keyakinan terhadap Aminuddin Harun kembali timbul beberapa hari lalu, Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata konsensus dicapai berhubung kedudukan pengerusi majlis pimpinan negeri (MPN) Negeri Sembilan itu yang menurutnya masih lagi padu.

Kata Anwar, kedudukan Aminuddin bukanlah isu berbangkit, sebaliknya adalah gesaan agar menteri besar terbabit memberikan perhatian kepada keperluan parti “mengukuhkan jentera” sebagai menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.

Kata Anwar, setelah menerima pelbagai pandangan, dia meminta supaya Aminuddin terus kekal sebagai pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan.

“Yang dibangkitkan ialah isu supaya menteri besar beri sedikit perhatian kepada keperluan parti dan cabang-cabang untuk mengukuhkan jentera pada PRU ke-15 di Negeri Sembilan.

“Jadi apabila kami beri ruang mereka berbincang dan memberi penjelasan, kami teruskan dengan padu bersama dengan exco dan timbalan speaker dalam jentera parti, terutamanya biro politik Negeri Sembilan, supaya memudahkan Aminuddin bertindak sebagai menteri besar dan pengerusi MPN.

“[…] Oleh itu, mengambil kira pandangan sebahagian ahli exco dan pemimpin parti – bahawa tumpuan terhadap jentera parti juga adalah penting dan wajar diberikan perhatian – saya rasa kami semua mencapai persetujuan (konsensus) berkenaan perkara itu,” katanya.

Dia berkata demikian dalam sidang media bersama Aminuddin selepas pertemuan MPN PKR Negeri Sembilan di kediaman rasmi menteri besar Negeri Sembilan tadi.

Disoal mengenai keputusan dicapai dalam pertemuan itu, Anwar hanya menjawab perbincangan dibuat adalah berkaitan program parti, program kebajikan, masalah Covid-19, kegiatan ekonomi, serta jentera parti bagi menghadapi PRU ke-15.

https://www.malaysiakini.com/news/590636

......