POLITIKTerkini !!! GPS hantar satu nama calon PM kepada Agong

Terkini !!! GPS hantar satu nama calon PM kepada Agong

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan satu nama sahaja calon Perdana Menteri kesembilan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sokongan terhadap calon berkenaan dibuat secara sebulat suara oleh pemimpin-pemimpin GPS.

Bagaimanapun, ketika ditanya siapa calon itu, beliau enggan mendedahkan namanya.

GPS sudah hantar satu nama calon PM kepada Agong

“Kami sudah mengemukakan nama kepada Istana Negara tetapi saya tidak boleh mendedahkan siapa…saya tidak boleh mendahului Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perjumpaan khas bersama Ahli Parlimen GPS di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim ada berhubung dengannya bagi menarik sokongan GPS terhadap Pakatan Harapan (PH), Abang Johari menyatakan tiada.

Sementara, Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof juga enggan mendedahkan nama calon Perdana Menteri kesembilan yang disokong GPS.

“Tunggu Agong umum, kita tidak mahu masuk campur urusan pemilihan Perdana Menteri,” katanya.

GPS menggabungkan empat parti tempatan Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) mempunyai 18 kerusi Parlimen.

Daripada jumlah itu, PBB mempunyai 13 kerusi; PRS dan PDP masing-masing dua kerusi dan SUPP satu kerusi.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/743943/gps-kemuka-satu-nama-calon-pm-kesembilan-kepada-agong

......