POLITIKTerkini! Bekas Menteri Pelancongan umum keluar Bersatu serta merta...

Terkini! Bekas Menteri Pelancongan umum keluar Bersatu serta merta…

KOTA KINABALU- Selepas enam bulan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi sekali lagi mengumumkan keluar daripada parti.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar di sini pada Selasa.

“Hari ini saya ingin mengumumkan keluar daripada Bersatu yang saya anggotai sejak November 2021.

“Keputusan keluar daripada Bersatu ini dibuat kerana saya tidak diberi peranan seperti yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti tersebut sebelum ini yang mana saya telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan saya di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama namun setelah lebih enam bulan tiada sebarang peranan yang diberikan,” katanya

https://www.sinarharian.com.my/article/208979/BERITA/Politik/Ahli-Parlimen-Lahad-Datu-umum-keluar-Bersatu?utm_source=SINAR+HARIAN&utm_medium=SINAR+HARIAN&utm_campaign=Ahli+Parlimen+Lahad+Datu+umum+keluar+Bersatu&fbclid=IwAR1YaWn3KBtC6KD4g1XFS3PajdzAZlZj6b8JG6RSq9_5tBYsfIp-ta5BU2M

......