NASIONALTERKINI! Adun kerajaan S'gor gesa batal keputusan nyah warta hutan simpan Kuala...

TERKINI! Adun kerajaan S’gor gesa batal keputusan nyah warta hutan simpan Kuala Langat

Adun PH Selangor menggesa kerajaan negeri untuk menarik balik keputusan untuk menyahwarta sebahagian hutan simpan Kuala Langat Utara.

Adun Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze mengingatkan kerajaan negeri bahawa sidang DUN pada November 2020 secara sebulat suara melulukan usul untuk memulihara hutan simpan di Selangor.

“Saya sangat kecewa. Namun ia belum terlambat. Keputusan masih boleh dipertimbangkan semula.

“Saya mohon kerajaan negeri berbuat demikian dan menghormati usul yang diluluskan pada sidang lepas. Usul tersebut mencerminkan suara rakyat,” kata Adun DAP itu di Twitter.

Michelle Ng

 

Adun Kampung Tunku yang juga dari DAP, Lim Yi Wei juga menyuarakan kekecewaannya berhubung keputusan itu.

“Saya tidak faham bagaimana exco boleh kata tiada ageni kerajaan yang bantah penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara,” katanya di Twitter.

Dia berkata antara agensi yang membuat bantahan adalah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

“Saya menggesa kerajaan Selangor untuk mempertimbangkan semula keputusan menyahwarta 536.70 hektar kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara,” katanya lagi.

Kerajaan Selangor pada mulanya merancang untuk menyahwartakan kawasan seluas 991.9 hektar hutan itu tetapi kemudian mengurangkannya ekoran bantahan meluas.

Lim Yi Wei

 

Kawasan itu termasuk penempatan Orang Asli.

Exco alam sekitar dan hal ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata kerajaan negeri memutuskan untuk tidak memasukkan kawasan yang penting untuk Orang Asli.

Penyahwartaan dibuat pada Mei lalu tanpa sebarang publisiti dan hanya menjadi perhatian umum susulan sidang DUN Selangor minggu ini.

Lim menegaskan masyarakat Orang Asli akan tetap terjejas dengan keputusan itu.

“Walaupun (nyahwarta) tidak ada kampung atau kubur Orang Asli, ia masih merupakan tanah adat dan tanah rayau suku Temuan di situ,” katanya lagi.

Malaysiakini

https://www.malaysiakini.com/news/589364

......