POLITIKTerkini!! Adakah dokumen didakwa kertas keputusan penghakiman Najib asli? soal ketua Pemuda...

Terkini!! Adakah dokumen didakwa kertas keputusan penghakiman Najib asli? soal ketua Pemuda Umno

Mahkamah perlu segera menafikan dokumen tular yang didakwa mengandungi kertas keputusan penghakiman membabitkan kes rayuan Najib Razak yang sedang berjalan, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, beliau amat terkejut dokumen yang dikatakan itu tersebar di media sosial dan boleh dimuat turun dalam sebuah laman web, selain tular di Whatsapp.

“Persoalannya apakah dokumen ini benar dan asli? Apakah ada agenda jahat untuk memperkotak-katikkan prinsip keadilan dalam negara? Perlu ada penafian segera daripada pihak mahkamah agar tidak timbul prasangka negatif yang boleh mencalar imej institusi kehakiman negara.

“Pemuda Umno akan membuat laporan polis petang ini agar satu siasatan segera dapat dilakukan terhadap penularan dokumen ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=623567355806649&set=a.405662404263813

......