GAYA HIDUPHiburanTerbaik! Hampir 2 Bulan Nikah, Usop Sebak Isteri Sah Hamil

Terbaik! Hampir 2 Bulan Nikah, Usop Sebak Isteri Sah Hamil

Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Usop berkongsikan berita gembira apabila isterinya Nur Fatihah disahkan hamil cahaya mata pertama.

Berkongsikan berita itu di aplikasi TikTok, menerusi video berkenaan Usop dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja menerima perkhabaran tersebut.

Meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat yang diberikan, Usop turut mengucapkan rasa sayang buat isteri tercinta.

Perkongsian Usop itu mendapat plebagai reaksi daripada peminat yang meluahkan kesyukuran serta gembira dengan perkongsian berita tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang memuji tindakan isteri Usop meletakkan alat ujian kehamilan di dalam plastik dan tidak seperti kebiasaan yang dipaparkan di video yang hanya dipegang begitu sahaja.

Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.

https://www.rotikaya.com/hampir-2-bulan-nikah-usop-sebak-isteri-sah-hamil/?fbclid=IwAR08qFwbDKRGySIzxf0unO5pIyn35Qq5FS486z5TbxN_HHsYbQ1E3p5npUY

......