:BLOGTeknologi negara sebelah! Lima diberkas, berenang cuba masuk Singapura secara haram

Teknologi negara sebelah! Lima diberkas, berenang cuba masuk Singapura secara haram

SINGAPURA: Lima lelaki diberkas kerana didakwa memasuki Singapura secara haram selepas dikesan di perairan Tuas, awal pagi semalam.

Berita Mediacorp melaporkan, dalam kenyataan akhbar, polis menyatakan, sistem pengawasan Polis Pengawal Pantai mengesan kelima-lima lelaki berusia antara 21 hingga 38 tahun itu pada sekitar 4.45 pagi.

Pihak berkuasa percaya mereka berenang ke Jeti Taman Lube.

Lelaki itu dirujuk kepada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk disiasat.

Di bawah Akta Imigresen, memasuki Singapura secara haram boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan sekurang-kurangnya tiga sebatan.

“Polis akan terus mengambil tindakan tegas ke atas pesalah-pesalah sedemikian untuk melindungi perairan dan sempadan laut kita daripada ancaman jenayah dan keselamatan negara,” tegas Ketua Polis Pengawal Pantai, Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis Cheang Keng Keong.

UTUSAN

......