GAYA HIDUPHiburanTeka teki terjawab, Neelofa, PU Riz nikah pagi ini

Teka teki terjawab, Neelofa, PU Riz nikah pagi ini

PETALING JAYA: Status hubungan pengacara dan usahawan berjaya Neelofa bersama pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, bukan lagi teka teki apabila pasangan itu dimaklumkan akan bernikah pagi ini.

Difahamkan, majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz dijangka berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.

Menurut laporan Berita Harian, majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.

“Ya, Neelofa dan PU Riz akan diijabkabul dalam satu majlis tertutup pagi ini.

“Bagaimanapun ia dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” kata laporan.

Terdahulu, hubungan cinta antara Neelofa dan PU RIz mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga PU Riz.

Bagaimanapun, pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit, sekali gus membuktikan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/27/teka-teki-terjawab-neelofa-pu-riz-nikah-pagi-ini/

......