DUNIATaiwan luluskan vaksin Covid-19 keluaran sendiri

Taiwan luluskan vaksin Covid-19 keluaran sendiri

TAIPEI: Kerajaan Taiwan hari ini meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 keluaran Medigen Vaccine Biologics Corp bagi mengetengahkan rancangan negara ini untuk membangunkan vaksin sendiri.

Syarikat tersebut yang merupakan antara calon pengeluar vaksin Covid-19 di negara ini belum selesai menjalankan ujian klinikal, selain tidak mempunyai data mencukupi.

Namun, Kementerian Kesihatan Taiwan menyatakan antibodi yang dihasilkan oleh vaksin itu ‘setaraf’ dengan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca.

Kementerian itu juga menegaskan tiada kebimbangan kesihatan yang besar melibatkan vaksin keluaran Medigen.

Medigen sebelum ini memaklumkan pihaknya cuba mendapatkan kelulusan penggunaan kecemasan dari kerajaan selepas menyelesaikan ujian klinikal fasa kedua.

Taiwan sentiasa bercita-cita tinggi untuk menghasilkan vaksin Covid-19 sendiri, biarpun sudah menempah kira-kira 20 vaksin Moderna, AstraZeneca menerusi skim COVAX. – REUTERS

......