Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kelihatan sudah 'U-turn' berkaitan pandangan beliau terhadap pendakwah Islam terkenal Dr Zakir Naik selepas beliau (Syed Saddiq) mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk dari kalangan ahli Parti PPBM.
UMNO Bahagian Kangar bersedia mengatur perjumpaan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan pendakwah bebas antarabangsa, Dr. Zakir Naik. Timbalan Ketuanya, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, beliau menunggu jawapan dari menteri itu untuk bersoal jawab secara bersemuka antara kedua mereka.
Kalau menteri ini pakai otak sikit, dia akan tahu bahawa akaun-akaun bank UMNO sudahpun dibeku oleh kerajaan akibat penindasan politik. Jika dia fikir sedikit mendalam lagi, dia akan faham bahawa RM2 bilion itu adalah satu jumlah yang besar dan kerajaan PH tentu dapat kesan jika dana itu benar-benar milik UMNO.