Pendakwah Islam, Dr Zakir Naik akan mengemukakan saman kepada lima individu termasuk Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran kerana didakwa memfitnahnya. Empat individu lagi ialah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees; Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan bekas duta Malaysia, Datuk Dennis Ignatius
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan undang-undang akan diambil secara berperingkat kepada semua Ahli Parlimen yang dulunya menang atas tiket Barisan Nasional (BN) dan mewakili UMNO tetapi akhirnya mengambil keputusan lompat parti setelah BN tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.