Pendakwah Islam, Dr Zakir Naik akan mengemukakan saman kepada lima individu termasuk Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran kerana didakwa memfitnahnya. Empat individu lagi ialah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees; Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan bekas duta Malaysia, Datuk Dennis Ignatius
“Jelas sekali, mereka memutar belit dan memanipulasi kenyataan saya untuk agenda politik mereka," katanya. Menurut Zakir, dia sebenarnya memuji Malaysia yang mengamalkan cara Islam sebenarnya dalam layanan terhadap minori penganut Hindu dan menegakkan hak-hak kepada mereka.