Anda jangan ingat isu bantahan Dong Zong terhadap tulisan Jawi baru-baru ini adalah yang paling besar. Isu ini kecil sahaja berbanding apa yang pernah berlaku pada tahun 1961. Tetapi syukurlah kerana ketika itu Menteri Pelajaran adalah Abdul Rahman Talib dan Pengarah Pelajaran pula Dr Aminuddin Baki maka sistem pendidikan negara dapat dipertahankan sebaiknya.
Ia adalah jalan mati untuk Jawi dalam sistem sekolah tersebut. Melihat sikap chauvinistic pendukung sekolah vernakular dalam isu ini, tiada PIBG yang akan memberikan persetujuan untuk ia dilaksanakan.
“Apakah bila orang-orang Melayu mempertahankan pengajaran tulisan khat Jawi di SRJK(C) dan SRJK (T) dianggap sebagai rasis dan mereka yang mempertahankan sekolah-sekolah vernakular itu tidak rasis?