POLITIKSyukur, Najib ucap terima kasih kepada Mat Sabu dan Liew Chin Tong...

Syukur, Najib ucap terima kasih kepada Mat Sabu dan Liew Chin Tong sebab buka mulut cerita perihal sebenar LCS

Syukur!
Akhirnya Menteri Pertahanan PH Mat Sabu dengan timbalannya Liew Chin Tong membuka mulut emas mereka.
Dalam kenyataan hari ini, mereka nafi mereka membisu tentang LCS dan tidak “tengok sahaja” dan “membisu” ketika LCS pertama gagal diserahkan pada 2019.
Mereka kata perkara mereka buat ialah melakukan forensik audit sebaik sahaja mereka mula menjawat dalam kerajaan PH pada 30 Mei 2018 (iaitu sejurus selepas PRU14).
Forensik audit hanya selesai 15 bulan kemudian pada 20 Ogos 2019 dan sebelum projek dibekukan sepenuhya pada bulan September 2019.
Mereka sahkan tahap pembinaan pada Januari 2018 (4 bulan sebelum PRU14) ialah 50.15% – ataupun naik 6.15% berbanding tahap 44% ketika majlis penamaan dan pelancaran kapal pertama dibuat pada 24 Ogos 2017 – seperti diakui pengerusi PAC.
(Entah berapa peratus kemajuan pula pada Mei 2018 ketika PRU14 dan sebelum PH mula buat forensik audit memandangkan kapal pertama hanya dijadualkan untuk diserahkan pada tahun 2019)
Namu tahap pembinaan cuma naik 6.24% sahaja ke 56.39% pada bulan Januari 2020 – iaitu dua tahun kemudian berbanding Januari 2018.
Mereka juga kata mereka berniat meneruskan projek LCS yang mereka lewatkan, tangguhkan dan beku tetapi tak sempat sebab kerajaan PH tumbang pada Februari 2020.
(Projek hanya disambung semula oleh kerajaan hari ini pada Mei 2022 tahun ini setelah dua tahun negara menghadapi pandemik Covid)
Maksudnya Mat Sabu dan Liew Chin Tong MENGAKU kelewatan projek LCS menjadi amat parah sehingga kapal pertama tidak dapat diserahkan pada tahun 2019 seperti dalam kontrak.
Mereka juga mengaku bahawa mereka tidak pernah cuba mempercepatkan projek LCS sepanjang tempoh 22 bulan mereka memerintah.
Saya beri kesimpulan kemajuan projek:
Jan 2015 (mula pembinaan) ke Jan 2018 iaitu 36 bulan = 50.15%
Jan 2018 ke Jan 2020 iaitu 24 bulan = 6.24%.
Korang yang lewatkan, tangguhkan dan beku projek.
Lepas itu kamu tanya kenapa kapal masih tak siap pada tahun 2022 lalu salahkan Najib?
Baca sendiri kenyataan mereka:
FB Najib
“9 Ogos 2022: Mat Sabu, Liew nafi PH ‘membisu’ projek LCS ketika berkuasa”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/09/mat-sabu-liew-nafi-ph-membisu-projek-lcs-ketika-berkuasa/?fbclid=IwAR1ZQliMaJeCqO1bYDAwftBC2_HZxi3VvPwr8488bP1yh0bRY4IxcBLVbGs
......