POLITIKSulaiman Ali bakal Ketua Menteri Melaka setelah BN menang besar

Sulaiman Ali bakal Ketua Menteri Melaka setelah BN menang besar

Barisan Nasional (BN) memenangi 19 kerusi DUN setakat ini, sekali gus memenangi pilihan raya negeri Melaka dengan majoriti dua pertiga, menurut bilik gerakan gabungan itu.

Sulaiman Md Ali dijangka dilantik Ketua Menteri baharu setelah beliau memenangi kerusi Lendu.

Antara kerusi lain yang dimenangi oleh BN ialah Lendu, Ayer Molek, Merlimau, Kuala Linggi, Ayer Limau, Taboh Naning, Tanjung Bidara dan Kelebang.

Antara keputusan utama PRN itu ialah kemenangan Abd Rauf Jusoh (BN) di Tanjung Bidara, menewaskan calon Ketua Menteri PN, Mas Ermieyati Samsudin di Tanjung Bidara.

BN turut membuat kejutan di Gadek. Calonnya VP Shanmugam menewaskan penyandang kerusi itu G Saminathan dari Pakatan Harapan-DAP.

PH juga gagal mengekalkan kerusi Durian Tunggal dengan calon BN Zahari Kalil, unggul di situ.

Sulaiman Md Ali KM baharu Melaka, BN menang sekurang-kurangnya 19 kerusi

......