Foto - FMT

Entah apa yang merasuki mu, tuduhan kerajaan lama punca sebab kegagalan PH melaksanakan janji adalah salah satu strategi ‘trojan horse’ versi Mahathir (siapa faham tu fahamlah) yang dikalangan pemerhati melihat ia bakal mengundang kebencian amat sangat rakyat kepada PH.

Modal yang sama diungkapkan bila tidak mampu menunaikan janji 100 hari pemerintahan PH tahun lepas.

Kali ini setelah 18 bulan memerintah, dengan ekonomi begitu teruk, rakyat bawahan menerima tempias, ramai hilang pekerjaan, duit kita semakin jatuh, pelaburan makin menyusut, masalah hubungan kaum semakin meruncing, apa lagi yang boleh diharap kerajaan PH ini memerintah lebih 3 tahun dari sekarang.

Rakyat makin geram, marah, emosi, tunggu masa sahaja nak luahkan dikertas undi, moga doa rakyat yang teraniaya dengan polisi kerajaan baharu ini Allah makbulkan.

Mana tahu PRU tahun depan, mana tahu kan.

Mahathir ulangi PH sukar penuhi janji kerana angkara kerajaan terdahulu

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendapati sukar untuk mencapai janji dan matlamat manifestonya disebabkan oleh kerosakan yang disebabkan kerajaan terdahulu.

“Sewaktu kita sediakan manifesto, kita tak dapat maklumat penuh dan apabila kita ambil alih kita dapati kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan lama itu jauh lebih dahsyat daripada yang kita anggar.

Ditanya mengenai status pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), beliau berkata kerajaan masih dalam proses melakukan kajian mendalam berkaitan akta itu.

“Perkara ini sukar dan sementara itu kita tak nak dengan mudah membebaskan pengganas seumpamanya… kalau kita dapati orang itu menyediakan bom, letup sana sini, orang yang macam itu kita tak boleh bagi ‘bail’,” katanya.

Kerajaan sebelum ini pernah berkata ia akan mengkaji untuk meminda peruntukan drakonian yang terdapat dalam SOSMA, tidak lama lagi.

Mengenai Perkim, Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua persatuan itu berharap ia akan lebih aktif dalam aktiviti dakwahnya memandangkan peruntukan kerajaan kepada Perkim dikembalikan kepada RM10 juta, berbanding RM4 juta tahun lepas.- BERNAMA