DUNIASri Lanka muflis, berikut adalah amaran 94 negara yang lain, adakah Malaysia...

Sri Lanka muflis, berikut adalah amaran 94 negara yang lain, adakah Malaysia juga tempias? Baca……

COLOMBO – Sri Lanka kini berdepan krisis terburuknya sejak sekian lama, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemimpinnya,  Ranil Wickremesinghe berkata, usaha Sri Lanka untuk mendapatkan pelan penyelamatan daripada Dana Kewangan Antarabangsa telah tergendala disebabkan krisis kewangan yang menimpa negara berkenaan sangat serius.

Bagaimanapun, bukan hanya ekonomi Sri Lanka yang bermasalah, ini kerana harga makanan, bahan api dan barangan keperluan lain melambung tinggi di seluruh dunia berikutan perang Russia-Ukraine.

Negara seperti Afghanistan, Argentina, Mesir, Lebanon, Myanmar, Pakistan, Turkiye, Zimbabwe juga berdepan masalah ekonomi mereka sendiri.

Dianggarkan sekitar 1.6 bilion penduduk di 94 negara berdepan krisis melibatkan makanan, tenaga atau sistem kewangan masing-masing. Laporan oleh Kumpulan Tindak Balas Krisis Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan lalu menyebut bahawa kira-kira 1.2 bilion orang menetap di negara-negara ‘ribut sempurna’. Terma itu bermaksud bahawa penduduk di negara terbabit berdepan risiko tinggi kenaikan kos dan masalah jangka panjang lain.

Setiap negara memiliki masalahnya sendiri. Namun, kesemua negara terbabit berkongsi risiko inflasi yang semakin melambung tinggi.

Bank Dunia menganggarkan pendapatan perkapita di negara-negara membangun tahun ini adalah lima peratus lebih rendah berbanding era sebelum pandemik Covid-19. – Agensi

Kosmo

......