Foto - The Edge Markets

Menarik juga mengenai ucapan Sivarasa berkenaan sabotaj untuk memalukan Timbalan Presiden PKR ibarat sudah dirancang rapi.

Tindakan menyebarkan vide* panas sejak Jun lepas membuatkan PKR menerima pelbagai tohmahan dan kecaman.

Menjadi lebih menarik, Sivarasa anggap ciptaan video dan sebaran video untuk memalukan Azmin Ali tu tiada kaitan langsung dengan UMNO dan PAS.

Malah menuduh orang PKR sendiri yang buat, ini lebih menjadi sensasi kerana siapa pula yang buat dan sebarkan?

Penulis agak pelik, kalau video HD itu yang terang-terang mukanya sipolan, apa alasan mengatakan itu adalah palsu dan dilakonkan atau di’edit?

Biarlah PDRM siasat dan menentukan, masalahnya, isu serangan seksual pula terpalit kedapa Presiden PKR, cepat pula diambil tindakan.

Agaknya kem Anwar tidak nampak permainan siapa? Azmin pula pula merasakan Anwar bukanlah seorang ketua yang perlu disokong lagi.

PKR berpecah atau tidak, kita tunggu episodnya selepas ini.

Dari Facebook Dr Kamarul Yusoff

SIAPA ORANG DALAMAN PKR YANG BUAT VID*O S*KS SANDAKAN?

Menarik membaca ucapan Sivarasa Rasiah, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, di Hotel Renaissance pada 8 Disember lalu yang disiarkan oleh Berita Harian hari ini.

Antara lainnya, Sivarasa menyalahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai punca berlaku perpecahan dalam PKR dengan menyebut:

(1) “Pada pemilihan (PKR) kali ini sangat berbeza apabila Presiden sendiri turun ke gelanggang. Lebih parah lagi, bukan hanya Presiden saja turun, bekas Presiden dan keluarga Presiden juga semua turun ke gelanggang.”

(2) “Satu pihak cuba buat satu zero sum game (dalam membuat lantikan pegawai utama, Ahli MPP dan Pengerusi MPN). Apa zero sum game? Bila saya nak ambil hampir semua jawatan dan saya tak mahu kongsi jawatan secara adil.”

Paling menarik adalah bila Sivarasa mendedahkan bahawa bukan orang UMNO atau orang PAS yang buat video seks Sandakan, tetapi orang dalaman PKR yang buat.

Ini kata-kata Sivarasa: “Pada Jun lalu, muncul lagi politik kotor, kali ini dalam bentuk video, satu percubaan mengaibkan Timbalan Presiden (PKR). Pada mulanya bila saya dengar berita mengenai video ini, terus saya buat tanggapan ini mesti dibuat oleh UMNO, tentu dibuat oleh mereka untuk mencemarkan imej parti kita sekali lagi. Tetapi akhirnya, apa yang kita dapat tahu, siapa yang dikaitkan dengan pengedaran video itu. Adakah UMNO buat? Tidak, UMNO tidak buat, PAS tidak buat, orang dalaman parti kita (PKR) buat.”

Pendedahan Sivarasa ini sekali gus menunjukkan beliau tahu siapa orang dalaman PKR yang buat video seks Sandakan ini.

Sudahkah Sivarasa maklumkan kepada pihak polis identiti orang dalaman PKR yang buat video s*ks Sandakan ini?