DUNIASetiap kali berak boleh dapat duit, jom cuba...

Setiap kali berak boleh dapat duit, jom cuba…

SEOUL, KOREA SELATAN – Seorang profesor sebuah universiti di Korea Selatan mencipta tandas mesra alam yang membolehkan pengguna mendapatkan wang digital setiap kali mereka membuang air besar, lapor akhbar The Sun semalam.

Tandas yang digelar BeeVi itu dihubungkan kepada sebuah makmal yang mengumpul najis manusia seterusnya menukarkan bahan kumuhan tersebut kepada tenaga dalam bentuk biogas.

Tandas itu menggunakan pam vakum yang membawa najis ke sebuah tangki bawah tanah.

Apabila berada di dalam tangki, mikroorganisma akan meleraikan najis manusia dan menukarkannya kepada gas metana.

Metana itu kemudiannya akan digunakan sebagai bahan bakar untuk pelbagai tujuan termasuk memasak.

Menurut Profesor Cho Jae-weon dari Institut Sains dan Teknologi Kebangsaan Ulsan, najis amat berharga dalam penghasilan tenaga dan baja. Justeru, beliau meletakkan nilai tersebut dalam kitaran ekologi.

“Sebelum ini, saya hanya menganggap najis adalah suatu bahan buangan yang kotor, namun kini ia merupakan sesuatu yang berharga,” katanya.

Dapat wang setiap kali buang air besar

......