Serangan peribadi terhadap Najib Razak, Zahid Hamidi dan pemimpin BN berterusan walaupun Pakatan Harapan memegang tampuk kuasa.

Agak lucu bila saranan ini dibincangkan, adakah kerana ramai Menteri Pakatan Harapan dilayak cuku-cukup oleh rakyat, dihamun, dimaki dan dikritik dengan keras akibat kebodohan mereka, maka muncullah idea yang acah-acah kononnya tidak bertamadun.

Bila pihak Pakatan Harapan begitu tidak ingat dunia mensasarkan pemimpin BN dengan 1MDB, menyerang pemimpin PAS dengan tuduhan dapat duit RM90 juta.

Itu pula bagaimana ya?

Takkan koyak teruk sangat Pemimpin Pakatan Harapan sekarang ini, takkan nak rasa sepenggal sahaja memerintah.

Troll tak boleh, kutuk tak boleh, akhirnya dituduh tukang troll dan pengkritik sebagai menyebarkan cerita palsu, tidak tepat, melanggar etika, macam-macam alasan.

Kata Malaysia Baharu, buktikan ketelusan bersuara, bila ada PRK di mana-mana, tidak boleh elak sedikitpun perihal serangan peribadi ini.

Tidak logik langsung.

Serang peribadi pemimpin sikap tak bertamadun

KUALA LUMPUR – Serangan peribadi ketika berkempen pada pilihan raya  tidak wajar dijadikan amalan politik bagi masyarakat bertamadun seperti Malaysia.

Jelas Presiden Majlis Pemikir Muda Melayu Kebangsaan (MPMMK), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant, serangan peribadi sebagai modal politik untuk menjatuhkan pihak lawan, mencerminkan ketidakmatangan dan menyimpan semangat kebencian yang melampau.

Katanya, dalam beberapa siri PRK selepas PRU-14 termasuk yang terbaharu PRK Tanjung Piai Sabtu lalu, pihaknya melihat politik kebencian terus dimainkan oleh parti politik termasuk dari Pakatan Harapan (PH) sendiri.

“Kita melihat keadaan dan situasi negara selepas PRU-14 yang lalu, lebih menjurus ke arah politik sentimen yang boleh memberi kesan tidak baik kepada rakyat dan negara.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengelakkan diri daripada terjebak dalam perkara yang menggalakkan politik kebencian.

“Ini kerana, sentimen sedemikian tidak sepatutnya dibiarkan berleluasa kerana perbuatan seperti itu hanya akan menyemai perasaan memusuhi dan benci membenci,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Mengenai peralihan kuasa politik, Syed Mohammad Faiz berkata, perkara itu sudah menjadi amalan biasa di mana-mana negara di seluruh dunia sebagai tanda demokrasi dan kestabilan sistem politik.

Begitu juga di Malaysia, katanya, pada PRU-14 yang lalu, sejarah telah tercipta apabila rakyat membuat keputusan memilih PH bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) yang telah 60 tahun memerintah.

“Ini adalah kuasa rakyat dan tiada siapa pun boleh mempertikaikannya. Apabila rakyat sudah memberikan kepercayaan, maka kepercayaan itu perlu dibalas oleh pihak kerajaan dengan menunaikan janji manifesto,” katanya.

Beliau juga mengingatkan kepada pembangkang, jadilah blok yang berhemah untuk semak dan imbang kepada kerajaan, manakala kerajaan pula jadilah pentadbir yang terus memperlihatkan kesan positif kepada ekonomi dan politik negara.

Katanya, tidak salah berpolitik, tetapi ia perlu diimbangi secara berhemah dan bijak demi kestabilan kaum, agama dan negara. – MalaysiaGazette